Pages

Selamat Datang Ke Blog Ilmiah Saya!

Wednesday, February 6, 2013

KEMENANGAN BERGANDA KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN

Kolej Komuniti Bandar Darulaman telah berjaya mendapat kemenangan berganda bagi "Community College Entrepreneur Challenge" (CCeC) Peringkat Kebangsaan yang disertai lebih 80 Kolej Komuniti di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar (1 - 4 November 2012). KKBD yang diwakili oleh TERATAK MUHAIMIN (Mee Kuning) telah berjaya meraih kejayaan berikut: •Johan Kategori Produk Makanan •Kategori Gerai Pemasaran Terbaik •Kategori Inovasi Terbaik •HADIAH UTAMA:PIALA MENTERI PENGAJIAN TINGGI. TERATAK MUHAIMIN telah mendapat piala pusingan, wang RM10 ribu dan lawatan pembelajaran ke Surabaya, Indonesia tajaan penuh. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan pensyarah pembimbing!